Posted by : Unknown Tuesday 3 May 2016

Apa Server Maintenance?



DASAR PERKHIDMATAN SERVER 


5.1 TUJUAN  

Dasar ini bertujuan menerangkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi serta memberikan panduan berkaitan pengurusan server di Universiti Malaysia Pahang.   

Server boleh didefinisikan sebagai komputer berkeupayaan tinggi yang memberikan perkhidmatan berpusat. Server boleh terbahagi kepada pelbagai jenis server mengikut fungsi yang tertentu seperti server pangkalan data, server sistem aplikasi, server mel elektronik dan sebagainya.
  
Pengurusan server pula merupakan suatu ilmu untuk merancang, mengurus dan menyenggara sesuatu server bagi memastikan ianya mampu beroperasi secara optimum. Ilmu ini meliputi pemilihan, penempatan, konfigurasi dan penyelenggaraan sesuatu server.  

5.2 SKOP  

Skop bagi dasar ini adalah meliputi kesemua server yang dimiliki oleh UMP. Kategori server ini dipecahkan kepada tiga kategori iaitu:

 i. Server Kritikal

ii. Server PnP

iii. Server Tidak Kritikal 

Server kritikal didefinisikan sebagai server yang termasuk tetapi tidak terhad kepada kategori-kategori server berikut:

i. Menyimpan data-data penting universiti. 

ii. Menyokong kesemua sistem aplikasi universiti.

iii. Tidak memberikan kesan yang besar kepada operasi universiti sekiranya berlaku sebarang masalah yang tidak diingini kepada server berkenaan.
Server pembelajaran dan pengajaran merupakan server yang digunakan bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran bagi sesuatu fakulti di UMP. Kebiasaannya server ini ditempatkan di makmal-makmal fakulti. Server ini adalah penting kepada aktiviti PnP sesebuah fakulti namun kegagalan server ini tidak memberikan kesan yang besar kepada operasi universiti secara keseluruhannya.
Server tidak kritikal pula didefinisikan sebagai server yang tidak memberikan kesan besar kepada operasi universiti sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada server. 

5.3 HAK MILIK  

Kesemua server yang diperoleh mengikut tatacara perolehan atau sumbangan daripada mana-mana pihak adalah menjadi hak milik Universiti Malaysia Pahang sepenuhnya.  

5.4 TANGGUNGJAWAB  

Kesemua PTJ yang membuat pembelian server adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada server tersebut. Tanggungjawab ini boleh dipecahkan kepada: 

i. Pemilik  Pemilik adalah PTJ yang membuat perolehan kepada sesuatu server. Pemilik adalah bertanggungjawab bagi memastikan server di bawah pengawasannya berada di dalam keadaan baik. Setiap PTJ dinasihatkan agar melantik seorang staf yang mempunyai kemahiran teknikal yang berkaitan bagi menguruskan server yang dimilikinya.
  
 Pengurusan server oleh PTJ adalah tertakluk kepada Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat serta undang-undang yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.  

ii. Pentadbir Sistem  Pentadbir Sistem bertanggungjawab memastikan server diurus dan  ditadbir dengan betul serta memenuhi keperluan  pemilik server dan  polisi yang 
dilaksanakan. Pentadbir adalah bertanggungjawab  sepenuhnya ke atas keselamatan data 
dan sistem di dalam server.  

5.5 DASAR AM  

i. Syarat Penempatan  Server-server kritikal yang berada di bawah tanggungjawab PTMK dan berfungsi menguruskan sistem aplikasi universiti mestilah ditempatkan di Data Centre PTMK. Server-server ini mesti diletakkan di lokasi yang memenuhi syarat-syarat berikut:  

(a) Lokasi yang selamat dan hanya boleh dicapai oleh kakitangan yang dibenarkan sahaja. 

(b) Server perlulah menggunakan saiz dari jenis ‘rack-mount’ supaya server tersebut boleh dipasang pada rak server. 

(c) Mempunyai sistem dan peralatan ‘backup’ seperti media yang mencukupi untuk menyimpan data-data di dalam server secara berkala mengikut tempoh tertentu. 

(d) Mempunyai peralatan UPS dengan masa minimum beroperasi 5 minit jika terputus bekalan elektrik dan perlindungan daripada kilat serta menyokong penutupan server secara automatik untuk mengelakkan kerosakan. 

(e) Memasang generator set sekiranya perlu bagi memastikan server masih terus berfungsi apabila berlaku gangguan bekalan elektrik. 

(f) Mempunyai sistem pencegah kebakaran berasaskan gas (FE- 13, FE-77 dan sebagainya). 

(g) Pengudaraan yang mencukupi dan suhu hendaklah terkawal di dalam had suhu yang diperlukan oleh server (20°C – 25°C). 
Server kritikal yang tidak ditempatkan di Data Center PTMK perlulah mematuhi semua keperluan di atas manakala server tidak kritikal boleh ditempatkan di PTJ masing-masing dengan syarat lokasi serta kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian serta mampu untuk membolehkan server tersebut berfungsi. 
  
PTJ dibenarkan untuk menggunakan server luar daripada rangkaian UMP bagi tujuan-tujuan rasmi contohnya seperti menggunakan kaedah cloud computing bagi pemprosesan data, perkongsian maklumat dan sebagainya. Walau bagaimanapun PTJ perlulah membuat pemakluman bertulis kepada pihak PTMK bagi tujuan tersebut.  

PTJ juga boleh membuat permohonanan secara bertulis kepada Pengarah PTMK untuk menempatkan server tidak kritikal mereka di Data Center PTMK. Walau bagaimanapun, segala urusan pengurusan server tersebut masih lagi di bawah tanggungjawab PTJ berkenaan dan pihak PTMK hanya menyediakan kemudahan fizikal bagi menyokong operasi server tersebut.  
Sebarang perkara yang berkaitan dengan aspek keselamatan sesuatu server perlulah dirujuk kepada Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat.   

5.6       PELANGGARAN DASAR 
Sebarang pelanggaran polisi yang berlaku boleh mengakibatkan salah satu daripada perkara-perkara berikut bergantung kepada tahap masalah tersebut: 

i. Bagi masalah keselamatan, server akan ditutup sementara sehingga tahap keselamatan server ditingkatkan ke tahap yang sewajarnya.  

ii. Penyambungan server ke rangkaian akan ditutup. 

iii. Penutupan operasi server. 

iv. Peringatan kepada pentadbir atau pemilik akan dikeluarkan jika didapati server digunakan untuk aktiviti yang bukan berkaitan urusan rasmi Universiti.   
- See more at: http://cocu5kismec.blogspot.my/2016/04/apa-server-maintenance-dasar.html#sthash.MFFqxFZJ.dpuf

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Operasi Sistem komputer - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -